- Tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih, halia dan lada hitam sehingga halus. Campurkan dengan setengah gelas air dan tapis. Minum air ini sebelum tidur dan amalkan selama sebulan.
- Tumbuk segenggam cekur manis. Campurkan dengan sedikit tepung beras, sedikit asam jawa, gula merah, gula pasir dan sedikit garam. Kemudian campurkan dengan setengah gelas air dan ditapis. Minum air itu 2 kali sehari.
HILANGKAN DAKI BADAN
- Rendam segenggam beras selama satu jam. Toskan. Tumbuk beras ini dengan sedikit kunyit hidup sehingga lumat. Basahkan badan dengan air. Kemudian gosokkan beras tumbuk pada badan terutama bahagian leher dan kaki. Kemudian bilas dengan air suam. Jika diamalkan, kulit akan menjadi cerah.
- Goreng sedikit beras dengan beras pulut tanpa minyak sehingga kekuningan. Kemudian tumbuk dengan kunyit hidup sehingga hancur. Campurkan sedikit air limau nipis, sebiji telur, sedikit air dan kacau rata. Sapukan pada badan dan gosok hingga keluar daki.
KULIT MUKA HALUS
Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga halus. Perah airnya. Ambil airnya dan campurkan dengan sedikit madu. Sapu pada kulit muka dan, biar selama 30 minit. Kemudian cuci bersih. Anda akan dapati kulit muka akan menjadi segar dan halus.
SEGARKAN MUKA
Ambil sedikit madu dan masukkan bersama minyak zaitun, sebiji putih telur, perahan sebiji limau nipis, bunga melur dan buah badam ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati. Sapukan pada muka seperti memakai mask dan biarkan selama 25 minit. Bilas dengan air bersih.
PANJANGKAN BULU MATA
1. Amalkan multi-vitamin untuk merangsang pertumbuhan bulu mata. Vitamin E, selain baik untuk kulit dan rambut, juga boleh menstimulasi pertumbuhan bulu mata. Amalkan vitamin E secara rutin.
2. Sapukan minyak zaitun atau petroleum jelly pada bulu mata anda, agar bulu mata kuat dan sihat. Lakukannya pada malam hari dan bersihkan setelah bangun tidur esok paginya.
3. Terapkan minyak vitamin E pada bulu mata menggunakan sikat khusus yang bersih.4. Rajinlah menyikat bulu mata setiap hari dengan sikat khusus, agar terhindar dari debu dan kotoran. Ia juga akan membuat bulu mata anda selalu rapi.
5. Jangan lupa bersihkan maskara dan eyeliner sebelum tidur. Partikel kimia yang terdapat dalam alat rias mata boleh membuat bulu mata rosak jika terlalu lama dibiarkan semalaman.
BIBIR CANTIK
Tahukah anda, bibir mempunyai lapisan kulit yang paling nipis iaitu hanya 3-5 lapisan sedangkan bahagian kulit lain mempunyai sehingga 16 lapisan. Bibir juga tidak mempunyai sebarang bulu, mahupun kelenjar peluh dan juga kelenjar sebum yang menghasilkan sebum yang bagus untuk melembapkan kulit. Kerana itulah bibir adalah bahagian yang paling cepat kering, paling sensitif, dan paling mudah ‘berumur’ berbanding bahagian lain pada wajah kita. ?
1. Bila Siang Tabiat menyapu pelembab bibir setiap kali keluar rumah mungkin mudah bagi anda, tetapi sebenarnya ini adalah asas yang paling penting dalam rutin penjagaan bibir. Pastikan bibir anda tidak basah supaya pelembab bibir boleh diaplikasikan dengan sempurna pada bibir, atau bibir yang kering dan merekah akan jadi lebih teruk. Sapulah pelembab bibir untuk melindungi bibir dari kesan cahaya matahari.
2. Bila Malam Sebelum tidur, kesat semua kesan gincu bbir dengan gentle make-up remover, kemudian ambil kain lembut yang dilembabkan, dan gosok dengan perlahan di permukaan bibir. Ini untuk menanggalkan semua sel-sel mati di permukaan bibir. Gosok sehingga bibir terasa lembut dan licin. Sapukan nipis-nipis produk rawatan bibir atau serum bibir dan biarkan semalaman.
3. Jangan - Tabiat menggigit dan menjilat bibir sebenarnya faktor utama bibir anda menggelupas. Elakkan menjilat bibir. Jika bibir terasa kering segeralah menyapu lip balm sekerap mungkin sepanjang hari.
HILANGKAN BINTIK HITAM
Dapatkan 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garamkemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan air suam. Amalkan memakainya pada muka setiap malam dan cuci pada keesokan hari. Lakukan sehingga bintik-bintik hitam hilang.
MENEGANGKAN KULIT MUKA
Petua 1 : Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.
Petua 2 : Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhlah bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.

TUMIT KAKI PECAH
Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-
- Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
- Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
- Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
- Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
- Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
- Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
- Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.

MERAWAT SENGGUGUT
Petua 1 : Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang, dan tumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Petua 2 : Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi, didahulukan dengan selawat.
Petua 3 : Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Petua 4 : Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .
Petua 5 : Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula

MENEGANGKAN PAYUDARA
Petua 1 : Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu.Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali.
Menurut orang tua yang memberikan petua ini , petua ini dipanggil ‘Petua Sayang Suami’. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan.
Petua 2 : Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut tika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu.
Petua 3: Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.
Petua 4 :Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

KEMBALI GADIS
Bagi wanita yang sudah lama berkawin ataupun bagi ibu yang sudah melahirkan pasti menghadapi masalah faraj yang tidak seperti mula-mula berkawin. Sila amalkan petua dibawah. Insya-Allah faraj akan kembali ketat seperti gadis.
Tumbuk kesemua bahan diatas dan perahkan bagi mendapatkan airnya yang pekat. (Jika perlu campurkan sedikit air). Gunakan 'cotton bud' atau putik kapas dan celupkan kedalam cecair ini. Kemudian masukkan kedalam lubang faraj. Lakukan setiap hari, seelok-eloknya selepas mandi petang sehingga faraj kembali ketat.
Bahan-bahannya
1. Daun Inai
2. Daun Pegaga
3. Daun Limau Purut
4. Pinang Muda
Cara-caranya
Tumbuk kesemua bahan diatas dan perahkan bagi mendapatkan airnya yang pekat. (Jika perlu campurkan sedikit air). Gunakan 'cotton bud' atau putik kapas dan celupkan kedalam cecair ini. Kemudian masukkan kedalam lubang faraj. Lakukan setiap hari, seelok-eloknya selepas mandi petang sehingga faraj kembali ketat.
LICINKAN KULIT MUKA
- Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
- Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
- Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
- Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
- Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan biakan kering. Cuci dengan bersih.
- Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
- Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
- Sapukan yogurt asli pada muka seperti memakai masker. Biarkan kering selama 10 minit. kemudian baru dicuci dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu untuk mendapatkan kesannya.
KUKU CANTIK BERSINAR
Kandungan kalsium dalam susu mampu menguatkan kuku agar tidak mudah patah, terbelah dan kusam. Kandungan asid laktik dalam susu pula berupaya mengelupaskan kutil sekeliling kuku. Utk mendapatkan kuku yang cantik dan bersinar, jadikan amalan merendam kuku dalam secawan susu suam selama tiga minit sebagai rutin setiap minggu
No comments:
Post a Comment