Translate

Tuesday 30 September 2014

Berhenti membazir dan belajar 7 cara unik untuk berjimat.


Cara pertama : Duduk di rumah jika tidak ada tujuan.
Jika anda kerap keluar rumah, anda pasti akan membazir. Contohnya anda bosan di hujung minggu dan anda keluar minum di kedai, tidakkah tindakan tersebut membazir? Bersembang di kedai kopi hanya akan menyebabkan anda membazir wang dan masa. Duduk di rumah membolehkan anda berjimat dari menggunakan wang pada perkara yang tidak di rancang lebih awal.
Cara kedua : Elakkan jualan borong.
Jangan terperangkap dengan jualan secara borong. Beli jika perlu sahaja. Memang harganya murah tetapi jika anda beli dan ia tidak perlu, tindakan anda hanya membazir sahaja. Yalah, anda tidak rancang untuk membeli tetapi secara tiba – tiba anda terlihat jualan borong, terus anda beli di sebabkan murah. Anda tetap membazir kerana membeli barang yang tidak perlu.
Cara ketiga : Sentiasa survey kedai baru.
Jangan hanya beli barang dari satu kedai sahaja. Sebaliknya cuba kedai lain juga untuk memperoleh harga yang terbaik.
Cara keempat : Jimat untuk diri sendiri.
Jika anda rasa hendak membazir, anda lawan perasaan tersebut dengan menyatakan di dalam hati bahawa anda berjimat untuk kesenangan di masa hadapan. Secara psikologi, anda akan lebih bekerja keras jika anda lakukan sesuatu perkara untuk diri sendiri.
Cara kelima : Belajar cara untuk tawar menawar.
Sentiasa amalkan tawar menawar untuk peroleh harga yang lebih murah. Kebiasaannya, orang kaya selalu berunding untuk dapatkan harga yang lebih murah kerana mereka tahu sangat susah hendak mencari wang.
Cara keenam : berganding bahu dengan rakan untuk berjimat.
Cara rakan – rakan yang anda pecaya untuk berjimat bersama – sama. Jadi, anda boleh pergi kerja bersama –sama untuk jimatkan wang minyak, beli makanan dapur bersama – sama untuk dapat harga lebih murah kerana beli secara borong dan bermacam –macam cara lagi.
Cara ketujuh : Sentiasa senaman.
Senaman boleh memberi badan yang sihat pada anda. Badan yang sihat bermakna peluang untuk anda dapat penyakit adalah kurang. Jadi, perbelanjaan untuk kesihatan dapat di elakkan.

Monday 29 September 2014

PETUA TRADISIONAL

PETUA MELANSINGKAN BADAN



  • Tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih, halia dan lada hitam sehingga halus. Campurkan dengan setengah gelas air dan tapis. Minum air ini sebelum tidur dan amalkan selama sebulan.
  • Tumbuk segenggam cekur manis. Campurkan dengan sedikit tepung beras, sedikit asam jawa, gula merah, gula pasir dan sedikit garam. Kemudian campurkan dengan setengah gelas air dan ditapis. Minum air itu 2 kali sehari.

HILANGKAN DAKI BADAN



  • Rendam segenggam beras selama satu jam. Toskan. Tumbuk beras ini dengan sedikit kunyit hidup sehingga lumat. Basahkan badan dengan air. Kemudian gosokkan beras tumbuk pada badan terutama bahagian leher dan kaki. Kemudian bilas dengan air suam. Jika diamalkan, kulit akan menjadi cerah.
  • Goreng sedikit beras dengan beras pulut tanpa minyak sehingga kekuningan. Kemudian tumbuk dengan kunyit hidup sehingga hancur. Campurkan sedikit air limau nipis, sebiji telur, sedikit air dan kacau rata. Sapukan pada badan dan gosok hingga keluar daki.

KULIT MUKA HALUS



Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga halus. Perah airnya. Ambil airnya dan campurkan dengan sedikit madu.  Sapu pada kulit muka dan, biar selama 30 minit. Kemudian cuci bersih.  Anda akan dapati kulit muka akan menjadi segar dan halus.

SEGARKAN MUKA

Ambil sedikit madu dan masukkan bersama minyak zaitun, sebiji putih telur, perahan sebiji limau nipis, bunga melur dan buah badam ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati. Sapukan pada muka seperti memakai mask dan biarkan selama 25 minit. Bilas dengan air bersih.

PANJANGKAN BULU MATA




1. Amalkan multi-vitamin untuk merangsang pertumbuhan bulu mata. Vitamin E, selain baik untuk kulit dan rambut, juga boleh menstimulasi pertumbuhan bulu mata. Amalkan vitamin E secara rutin.
2. Sapukan minyak zaitun atau petroleum jelly pada bulu mata anda, agar bulu mata kuat dan sihat. Lakukannya pada malam hari dan bersihkan setelah bangun tidur esok paginya.
3. Terapkan minyak vitamin E pada bulu mata menggunakan sikat khusus yang bersih.
4. Rajinlah menyikat bulu mata setiap hari dengan sikat khusus, agar terhindar dari debu dan kotoran. Ia juga akan membuat bulu mata anda selalu rapi.
5. Jangan lupa bersihkan maskara dan eyeliner sebelum tidur. Partikel kimia yang terdapat dalam alat rias mata boleh membuat bulu mata rosak jika terlalu lama dibiarkan semalaman.

BIBIR CANTIK



Tahukah anda, bibir mempunyai lapisan kulit yang paling nipis iaitu hanya 3-5 lapisan sedangkan bahagian kulit lain mempunyai sehingga 16 lapisan. Bibir juga tidak mempunyai sebarang bulu, mahupun kelenjar peluh dan juga kelenjar sebum yang menghasilkan sebum yang bagus untuk melembapkan kulit. Kerana itulah bibir adalah bahagian yang paling cepat kering, paling sensitif, dan paling mudah ‘berumur’ berbanding bahagian lain pada wajah kita. ?

1. Bila Siang Tabiat menyapu pelembab bibir setiap kali keluar rumah mungkin mudah bagi anda, tetapi  sebenarnya ini adalah asas yang paling penting dalam rutin penjagaan bibir. Pastikan bibir anda tidak basah supaya pelembab bibir boleh diaplikasikan dengan sempurna pada bibir, atau bibir yang kering dan merekah akan jadi lebih teruk. Sapulah pelembab bibir untuk melindungi bibir dari kesan cahaya matahari.

2. Bila Malam Sebelum tidur, kesat semua kesan gincu bbir dengan gentle make-up remover, kemudian ambil kain lembut yang dilembabkan, dan gosok dengan perlahan di permukaan bibir. Ini untuk menanggalkan semua sel-sel mati di permukaan bibir. Gosok sehingga bibir terasa lembut dan licin. Sapukan nipis-nipis produk rawatan bibir atau serum bibir dan biarkan semalaman.

3. Jangan - Tabiat menggigit dan menjilat bibir sebenarnya faktor utama bibir anda menggelupas. Elakkan menjilat bibir. Jika bibir terasa kering segeralah menyapu lip balm sekerap mungkin sepanjang hari.

HILANGKAN BINTIK HITAM


Dapatkan 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garamkemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan air suam. Amalkan memakainya pada muka setiap malam dan cuci pada keesokan hari. Lakukan sehingga bintik-bintik hitam hilang.

MENEGANGKAN KULIT MUKA



Petua 1 : Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Petua 2 : Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhlah bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.

TUMIT KAKI PECAH



Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-

- Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.

- Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.

- Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh

- Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.

- Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.

- Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.

- Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.

MERAWAT SENGGUGUT



Petua 1 : Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang, dan tumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.


Petua 2 : Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi, didahulukan dengan selawat.


Petua 3 : Minum air rebusan rumput jarum  emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa  kedatangan haid atau sebelumnya.


Petua 4 : Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada  hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .


Petua 5 : Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air  teh pahit tanpa gula

MENEGANGKAN PAYUDARA



Petua 1 : Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu.Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali.

Menurut orang tua yang memberikan petua ini , petua ini dipanggil ‘Petua Sayang Suami’. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan. 
Petua 2 : Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut tika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu.
 

Petua 3: Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.
 

Petua 4 :Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.


KEMBALI GADIS



Bagi wanita yang sudah lama berkawin ataupun bagi ibu yang sudah melahirkan pasti menghadapi masalah faraj yang tidak seperti mula-mula berkawin. Sila amalkan petua dibawah. Insya-Allah faraj akan kembali ketat seperti gadis. 

Bahan-bahannya
1. Daun Inai 
2. Daun Pegaga 
3. Daun Limau Purut 
4. Pinang Muda 

Cara-caranya

 
Tumbuk kesemua bahan diatas dan perahkan bagi mendapatkan airnya yang pekat. (Jika perlu campurkan sedikit air). Gunakan 'cotton bud' atau putik kapas dan celupkan kedalam cecair ini. Kemudian masukkan kedalam lubang faraj. Lakukan setiap hari, seelok-eloknya selepas mandi petang sehingga faraj kembali ketat.

LICINKAN KULIT MUKA




  • Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  • Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  • Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  • Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  • Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan biakan kering. Cuci dengan bersih.
  • Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  • Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
  • Sapukan yogurt asli pada muka seperti memakai masker. Biarkan kering selama 10 minit. kemudian baru dicuci dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu untuk mendapatkan kesannya.

KUKU CANTIK BERSINAR

Kandungan kalsium dalam susu mampu menguatkan kuku agar tidak mudah patah, terbelah dan kusam. Kandungan asid laktik dalam susu pula berupaya mengelupaskan kutil sekeliling kuku. Utk mendapatkan kuku yang cantik dan bersinar, jadikan amalan merendam kuku dalam secawan susu suam selama tiga minit sebagai rutin setiap minggu

Saturday 27 September 2014

TEMPOYAK IKAN PATIN

TEMERLOH adalah sebuah bandar di tengah-tengah negeri Pahang, Malaysia yang terletak di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Temerloh berada pada ketinggian 163 kaki di atas aras laut dan kedudukan geografinya ialah 3°27'U dan 102°26'T. Bandar ini bermula daripada aktiviti perdagangan yang wujud sejak dahulu kerana daripada lokasinya yang strategik. Bandar ini telah digelar "Bandar Ikan Patin".Kini Temerloh telah di iktiraf dan popular sebagai Bandar Ikan Patin. Rata rata masyarakat Malaysia mengenalinya dan bila berkunjung ke Temerloh adalah menjadi suatu yang tidak boleh di lupakan untuk merasai masakan tempoyak ikan patin di beberapa kedai yang popular di bandar ini.
Nak tahu resepi istimewa masakan ini..?? Ha.. Ini dia saya bawakan khas resepi Tempoyak Ikan Patin Temerloh..


Bahan bahan:
1 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah - opsyenal untuk bagi kuah merah jer
Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam

Cara cara:
1)Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
2)Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
3)Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.  

Nota:
1)Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.

2)Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.

3)Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.

Friday 26 September 2014

Asam pedas ikan mayong

Sape kt cni orang johor..??? angkat tangan!! hehe.. Asam pedas memang sinonim dgn selera orang Johor ni kan..? Hari ini saya nak bagi sikit resepi asam pedas ikan mayong kegemaran saya. Ada pelbagai cara memasak asam pedas ikan mayong ni, ikut gaya masing2. Makan asam pedas tiap2 ari pun x jemu... Kalau anda tak gemar ikan mayong, boleh jer gantikan dengan ikan tenggiri, ikan merah atau apa2 sahaja ikan berdaging. 
Bak kata my mom "kite yang buat die". haha.. 

Jom tengok bawah untuk resepi:


BAHAN-BAHANNYA :-)
3 kepingan daging ikan mayong @ ikan duri bersaiz besar
Sawi jeruk secukupnya
1 genggam daun kesom
1 1/2 senduk  cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN TUMBUK HALUS :
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
3 biji buah keras, hiris
1 camca teh lada hitam biji
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
10 biji halba

CARA MEMBUATNYA :
  1. Ikan diperap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Sawi jeruk dicuci, kemudian potong kecil dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan), biar mendidih. Tambah sawi jeruk (tos dan perah) dan ikan. Kacau perlahan dan biar mendidih. Masuk daun kesom dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kalau kurang kuah, tambah sedikit lagi air. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

Makanan Tradisional Sarawak

Sarawak adalah salah satu daripada dua negeri di pulau Borneo Malaysia. Dikenali sebagai Bumi kayangan ("Land of the Hornbills"). Sarawak juga terkenal dengan makanan bermacam-macam jenis dengan terdapat bahan yang mungkin tidak terdapat  di tempat kita dan memiliki pelbagai rasa yang sangat unik. Hari ni kite berkenalan dengan makanan-makanan yang special di Sarawak...ok,, jom tengok bawah..

Pertama sekali.... Laksa Sarawak... ni la makanan feberet saya. Laksa paling best dan sedap sekali... nak buat perencah tu agak rumit...tapi sekarang nih perencah tu banyak jual dalam paket... contohnye perencah laksa sarawak Haji Manan. Lepas tu juz sediakan bahan2 asas...macam udang, telur dan lain.. tgk gambar kat bawah nih.. terliuq x..?? hihi

Laksa Sarawak

Kedua, Mee kolok. Mee kolok ni ada dua...mee kolok biasa atau mee kolok goreng....bezanya..mee kolok goreng sedap lagi kot. Bagi saya la....mee kolok biasa....dia akan bagi sekali dengan sup,kuah cili...kat sarawak je ada mee nih......sedap. Mi kolok (juga dieja mi kolo), mi kering ataupun mi rangkai (daripada perkataan Iban rangkai, bermaksud "kering") adalah sejenis mi yang cukup popular di negeri Sarawak. Kebanyakan gerai di sekitar Kuching ada menyediakan atau menjual mi kolok ini. Mi kolok ini biasanya akan dihidangkan bersama kuah sup dan kicap.


Mee Kolok

Yang ke tiga Umai. Umai ni makanan mentah. Biasanya menggunakan ikan or udang. Bila dah masak isi ikan tu dah putih..ia di'masak' dengan halia dan asam limau kasturi tu haa..korang jangan gentar..silap2 haribulan,rasa sekali mesti nak rasa lagi.. So korang mesti kena cuba rasa Umai ni.


Umai 

Keempat ialah ambuyat atau dalam bahasa lain linut. Hidangan yang berasal dari batang  sagu. Ia adalah bahan berkanji , dan mungkin mempunyai persamaan dengan kanji ubi kayu. Ambuyat/Linut  juga merupakan salah satu hidangan yang terkenal bagi penduduk pribumi Sabah dan Sarawak.
Ambuyat dimakan dengan garpu buluh dipanggil chandas, dan kemudian dicelup dengan sambal belacan yang  mempunyai rasa masam,masin dan pedas..
Ia terkenal dengan makanan adat dari Suku Kaum Melanau terutama dibahagian Mukah,Oya, Matu dan Daro dan dianggap sebagai hidangan yang paling lengkap kerana ia dihidangkan dengan ulam seperti herba dan sayur-sayuran serta ikan salai atau masin, kuah pedas dan sambal.

Kelima, Manok Pansoh. Manok pansoh adalah sejenis makanan dimana ayam dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di semenanjung.'Manok' bermaksudd ayam dan 'Pansoh' bermaksud dimasak dalam buluh. Dalam Bahasa Iban pula,dikenali sebagai 'Manuk Pansuh' ataupun ' Manuk Lulun'. Ayam ini dimasak bersama beberapa bahan tertentu seperti daun tertentu yang menjadikan rasanya sangat enak dan unik. Namun ade yang menggunakan daun ubi.


Seterusnya......

Tebaloi, sekarang telah diproses dalam berbagai rasa(snek),diproses secara tradisional, menggunakan tepung sagu, kelapa parut segar dan gula. adunan tadi di bakar diletakkan atas daun pisang.Perisa Tebaloi dapat di dapati dalam rasa stawberri, coklat, pandan dan rasa biasa.Pembungkusan dan pengkotakan yang menarik telah diperkenalkan untuk menarik minat pengemar makanan tersebut. 


Tebaloi

Ikan Terubuk Sarawak adalah salah satu produk terkenal dikalangan pelancong yang berkunjung ke Kuching, Sarawak. Para pelancong terutamanya dari Semenanjung pasti akan membelinya sebagai ole-ole sebelum meninggalkan bandaraya Kuching. kenapa ikan terubok popular? Walaupun ikan terubuk mempunyai tulang yang banyak tetapi ianya amat menyelerakan bila digoreng dan dicecah kuah asam.

Ikan Terubok

Kelupis ni makanan tradisi masyarakat kedayan di Sarawak....Setiap tahun akan ada satu upacara yang dipanggil upacara makan tahun....lazimnya dibuat pada bulan jun setiap tahun....Dalam dia guna beras pulut..tapi nak buat tu ada cara2 tertentu..kalau biasa kita tgk org buat...dua hari lepas tu basi dah..tapi kalau mmg org yang betul2 pandai..sampai seminggu pun tahan lagi....memang popular sgt kelupis ni dalam kalangan masyarakat kedayan.... 

Kelupis

Kuih punjung....kuih ni kuih tradisi masyarakat kedayan...kuih ini lebih kurang macam kuih celorot bentuk fizikalnya cuma yang ni bentuk kon sikit.

Kuih Punjung

Kuih Celorot

Sagu
 Bubur pedas....bubur ni dia guna banyak bahan2 berempah..... rasa bubur ini sangat sedap. especially kepada orang yang suka makanan pedas. Merupakan makanan tradisi masyarakat Sarawak.
Bubur pedas

Kek lapis Sarawak memang menjadi pilihan pelancong apabila datang ke sarawak. Kalau saya balik semenanjung memang penuh bagasi dengan pelbagai jenis kek lapis sarawak. Lain pada hari raya aidilfitri masyarakat sarawak dengan masyarakat semenanjung adalah koleksi kek lapis di atas meja menanti tetamu.
Kalau2 u oll nak lihat koleksi kek lapis sarawak, ni ha link kek lapis yang sanga famous di kuching. KEK LAPIS DAYANG SALHAH!


Kek Lapis Sarawak

Ha........... Ini yang last sekali. Jeng..Jeng.. jengg.... Ulat mulong! 
popular gak dalam masyarakat Melanau...yang ni i memang surrender la... ulat yang kontot sket n chubby....tapi kalau dalam masyarakat Melanau masak la dengan masakan apa pun...nampak sedap. walau bagaimanpun..x semua masyarakat Melanau makan ulat nih...acaner..?? teringin..?? hihi

Ulat Mulong

So.. sekarang dah tahu lah serba sedikit makanan yang ada di Sarawak yang mostly mmg x kan jmpa kat tanah Malaya nih...Jadi, kalau ada yang x berkesempatan lagi nak pi sarawak..t kalau korang pergi....pesan2 la makanan yg ada kat atas nih utk dirasa...hihihihih.....Selamat mencuba....