Translate

Saturday 27 September 2014

TEMPOYAK IKAN PATIN

TEMERLOH adalah sebuah bandar di tengah-tengah negeri Pahang, Malaysia yang terletak di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Temerloh berada pada ketinggian 163 kaki di atas aras laut dan kedudukan geografinya ialah 3°27'U dan 102°26'T. Bandar ini bermula daripada aktiviti perdagangan yang wujud sejak dahulu kerana daripada lokasinya yang strategik. Bandar ini telah digelar "Bandar Ikan Patin".Kini Temerloh telah di iktiraf dan popular sebagai Bandar Ikan Patin. Rata rata masyarakat Malaysia mengenalinya dan bila berkunjung ke Temerloh adalah menjadi suatu yang tidak boleh di lupakan untuk merasai masakan tempoyak ikan patin di beberapa kedai yang popular di bandar ini.
Nak tahu resepi istimewa masakan ini..?? Ha.. Ini dia saya bawakan khas resepi Tempoyak Ikan Patin Temerloh..


Bahan bahan:
1 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah - opsyenal untuk bagi kuah merah jer
Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam

Cara cara:
1)Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
2)Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
3)Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.  

Nota:
1)Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.

2)Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.

3)Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.

No comments: